Wednesday, March 3, 2010

Komen article ini..

TAHAP KOMPETENSI PENSYARAH MENGGUNAKAN ICT DALAM P&P

ICT telah merubah cara manusia bekerja. Ia telah meningkatkan prestasi pekerja terutama sekali pensyarah untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT dalam bidang kerja iaitu pendidikan di peringkat universiti,dapat membantu meringankan tugas-tugas mereka.Keperluan terhadap alat teknologi ini semakin berkembang pesat dalam dunia pendidikan sekarang.
Maklumat-maklumat akan dihantar dengan pantas dan cepat di samping memudahkan segala urusan di setiap peringkat.Proses-proses pengajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik.Penggunaan alat bantu mengajar ini juga dapat meningkatkan minat serta meransang minda pelajar di zaman siber ini dan ia telah dianggap dan diperakui sebagai pemangkin proses P&P.Ia juga dapat memotivasikan pelajar-pelajar supaya berfikir secara kreatif. Dari segi pengajaran,penggunaan teknologi maklumat memerlukan perancangan yang cekap dan efisien supaya pembelajaran dapat dimaksimumkan kepada setiap orang pelajar.
Pensyarah bukan sahaja pengajar,pendidik dan pembimbing malah telah berkembang ke tahap pengsosialisasian, penggalakkan,pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dlam diri pelajar.Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, pensyarah perlu bijak dan kreatif mendidik dan merancang pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan terutamanya dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya pada sesuatu masa dengan jayanya.Ini memberi cabaran kepada pensyarah bagi menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dan diguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.

3 comments:

  1. Pada pandangan saya,penggunaan ict dalam pengajaran sangatberkesan dalam menuju arus pembangunan arus perdana yang makin pesat.Melalui penggunaan ict,minda pelajar dapat dikembangkan disamping dapat menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas!Para pendidik harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna dalam menyahut cabaran penggunaan ict dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Proses melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu ini dapat membantu para pelajar mencipta kegemilangan dan kecemerlangan dalam bidang akademik serta dapat melahirkan pelajar yang celik it da bijak belajar melalui komputer.

    ReplyDelete
  2. mana artikel penuhnya cik ja...tak ada pun tetap komen jugak la ni..

    Berdasarkan tajuk artikel "TAHAP KOMPETENSI PENSYARAH MENGGUNAKAN ICT DALAM P&P" tidak dapat dinafikan bahawa pensyarah atau pun guru perlu menguasai teknologi yang melibatkan ICT.Seperti yang kita semua tahu,perkembangan dalam teknologi dan ICT berlaku dengan pantas dan banyak kepentingannya kepada para pelajar.Penggunaan ICT dalam P&P banyak membantu meringankan beban serta kekangan yang wujud di dalam pembelajarn secara tradisi.Dengan mengaplikasi ICT dalam P&P, sebagai contoh,teks yang panjang boleh diringkaskan dan diubahsuai semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dramatik dan mampu disampaikan dengan lebih berkesan oleh para pensyarah dan juga guru-guru....P&P berbantukan tekknologi dan ICT juga sebenarnya mampu melahirkan pelajar-pelajar kita yang berfikiran kritis dan kreatif...

    ReplyDelete
  3. kak ma:sorry xpaste kat sini.kak ma kena click kat educational jurnal tu..anyway thanks for the comment..
    noza:10s fot the comment..

    ReplyDelete